Sejarah Awal Lord_Voldemort


Amaran Spoiler: Terdapat penerangan plot atau penamatan yang mungkin anda masih belum ingin mengetahuinya.


Lord Voldemort dilahirkan sebagai Tom Marvolo Riddle pada malam Tahun Baru 1926 oleh Tom Riddle Sr. dan Merope Gaunt. Melalui keturunan ibunya, dia ialah generasi terakhir keturunan Salazar Slytherin, pengasas Hogwarts.

Riddle diabaikan oleh bapanya manakala ibunya mati ketika melahirkannya. Dia dibesarkan di rumah anak yatim. Apabila dia mencecah umur 11 tahun, Dumbledore sendiri menjemputnya untuk bersekolah di Hogwarts. Walaupun masih kanak-kanak, dia kelihatan sudah mampu menguasai kebolehan dan potensinya sebagai ahli sihir. Pada masa Dumbledore berjumpa dengannya, dia mampu membuatkan haiwan patuh kepada arahannya, berkata-kata dengan ular, menyakitkan orang lain, dan dalam ayatnya, "membuat perkara buruk berlaku kepada orang yang membuatkan dia benci". Walau bagaimanapun, dia juga menunjukkan sifat zalimnya, tidak mengendahkan orang lain, kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa sihir dan kurangnya pertimbangan. Dalam masa beberapa tahun, Riddle mula menggunakan nama baru, nama yang dia tahu akan ditakuti oleh ahli sihir untuk menyebutnya: Lord Voldemort.

Ketika menjadi pelajar di Hogwarts, lazimnya Riddle berjaya menutup motif jahatnya. Dia mempunyai kebolehan istimewa dan pelajar yang baik, menjadi pengawas dan akhirnya Ketua Pelajar. Walaupun begitu, Dumbledore tidak pernah mempercayai dia sepenuhnya akibat pengakuan sebenar yang dilakukan oleh Riddle di hadapannya dahulu. Riddle juga mengumpiulkan sekumpulan pengikut dan di antara mereka, nama"Lord Voldemort" digunakan, iaitu sebagai anagram atau susunan semula namanya , Tom Marvolo Riddle, kepada "I am Lord Voldemort." (Saya Lord Voldemort). Selepas meninggalkan Hogwarts, dia cuba untuk mengabaikan nama sebenarnya dan menggunakan nama baru itu secara terbuka. Ketika Riddle masih di Hogwarts, dia dikelilingi oleh rakan Slytherin yang digelar rakan, tetapi kurang diendahkan. Ramai dalam kalangan mereka menjadi Death Eaters, termasuk Avery dan Rodolphus Lestrange. Pada tahun kelimanya, dia telah membuka Bilik Rahsia dan menyebabkan seorang pelajar bernama Myrtle, iaitu seorang pelajar berdarah Muggle, dibunuh. Hanya Dumbledore mengesyakinya, kerana dia telah memikat hamper semua staf sekolah termasuk guru Posyen iaitu Horace Slughorn dan memerangkap pelajar tahun ketiga, Rubeus Hagrid.

Selepas menamatkan pelajarannya, Voldemort berharap untuk menjadi guru di Hogwarts. Dumbledore merasakan yang dia berkehendakkan barangan kepunyaan Godric Gryffindor or Rowena Ravenclaw. Keinginannya ditolak oleh pengetua ketika itu, Armando Dippet kerana terlalu muda. Maka, dia bekerja untuk sementara waktu di Borgin dan Burkes, Knockturn Alley tetapi turut melakukan pencurian dan pembunuhan, iaitu loket kepunyaan Salazar Slytherin dan piala yang mepunyai badger Hufflepuff yang kemungkinan digunakan untuk Horcrux. Kemudian, dia menghilangkan diri. Sepuluh tahun kemudian, dia kembali ke Hogwarts untuk menjawat sebagai guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, tetapi ditolak oleh Dumbledore yang ketika itu telah menjadi pengetua kerana dia telah menunjukkan ketidak jujurannya. Pada masa itu, penampilan Voldemort sudah kurang seperti manusia dan dimintanya untuk menggunakan gelarannya berbanding nama sebenaryna yang Dumbledore tidak berbuat demikian. Voldemort telah ditolak daripada jawatan itu. Dengan marah, dia meletakkan sumpahan kepada kerja itu dan sejak itu, tiada pengajar yang dapat bertahan lebih daripada setahun.